TIDUR adalah anugerah tidak ternilai daripada tuhan yang mencipta siang
dan malam. Ia dikawal semulajadi oleh bahagian otak dinamakan
suprachiasmatic nuclei (SCN) melalui proses kitaran tidur-jaga
(circadian rhythm).
Kebiasaannya kita merasa begitu
segar pada pukul 9 hingga 11 pagi dan 9 hingga 11 malam serta susah
untuk tidur pada waktu tersebut.
Gangguan tidur kerap berlaku dalam kalangan 30 hingga 50 peratus populasi manusia dengan sebab paling utama adalah stres.
Ia berfungsi menerusi rangsangan
cahaya matahari yang masuk melalui anak mata. Kitaran ini menyebabkan
kadar siap siaga mental kita berfungsi secara optimum sepanjang tempoh
24 jam.
Sekadar Hiasan |
Tetapi pada pukul 3 hingga 5 pagi dan 3 hingga 5 petang pula, kita dapati mata kita berasa amat mengantuk.
Inilah sebabnya kenapa kadar kemalangan berlaku lebih kerap pada waktu lewat malam dan awal pagi.
Individu yang mengalami gangguan tidur (insomnia) biasanya tidak boleh tidur dengan lena walaupun telah diberi waktu cukup .
Ada juga yang langsung tidak boleh
tidur sehingga menyebabkan keletihan melampau, sakit kepala, perasaan
mudah marah dan menjejaskan kemampuan kognitif untuk menjalankan tugas
harian keesokan harinya.
Gangguan tidur kerap berlaku dalam kalangan 30 hingga 50 peratus populasi manusia dengan sebab paling utama adalah stres.
Punca stres boleh disebabkan oleh
pelbagai faktor seperti bebanan kerja yang berat, putus cinta, masalah
kewangan dan keluarga atau menghadapi peperiksaan.
Kerisauan berlebihan pula boleh menyebabkan individu tetap mengantuk walaupun tidur lena pada malam sebelumnya.
Gangguan tidur berlaku dalam tiga peringkat:
1. Masalah memulakan tidur
2. Masalah kerap kali terjaga pada waktu malam
3. Masalah waktu tidur terlalu pendek apabila mereka bangun terlalu awal daripada biasa dan tidak dapat menyambung tidur semula.
Masalah gangguan tidur disebabkan oleh stres akan hilang jika puncanya boleh diselesaikan.
Sekiranya stres tidak dapat ditangani dengan baik, ia akan menyebabkan kemurungan seperti gangguan peringkat ketiga.
KREDIT TO INFOSERIUS.COM
No comments:
Post a Comment