ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
wa.....sesangat lamanya dah tak update blog...... baru dua post dalam 2tahun...rekod tu...hehehe...
ok...sempena hari yang julung2 kalinya dapat update ni....kite nak cerita sal apa erk...hm....
ok dah dapt idea...ni hari sy nak share sal tips solek menyolek lak... enjoy... owh ya kredit to fairuliza1985.blogspot.com sal sy copy paste dri sana.... ^_^
rase nye stiap wanita kt dunia
ni suke klihatan cantik..ada yang begaye nak jadi mcm siti
nurhaliza..die cnfirm lawa la kan..sbb ade produk kcntikan sndiri..orang
korea mcm girl generation pun
memg dikenali kiut2 blake..tapi sbenarnye kte orang biase ni pun bleh
mnjadi cantik dan menyerlah klu kte pandai mnvariasi kan wajah dan
pemakaian kte..huhuhu..da gaye mcm pakar fesyen plak aku..heh..
di sini..smpena nak dekat raye
ni..teringin skali aku nak kongsikan tips solekan ngikut warna kulit
(kulit putih, kuning langsat, sawo matang, coklat dan gelap gelita) yang
sesuai digunakan untuk seluruh wanita..ia bleh jadi pengetahuan utk aku
jgak..so..take a look!!! :)
KULIT PUTIH
Memiliki kulit cerah bewarna putih berseri
memberikan lebih pilihan warna buat korang (untungla..huhu) Pemilihan
warna terang dan panas memberikan mood moden dan ceria. Pemilihan warna
pastel menyerlahkan sifat kelembutan dan membuatkan korang nampak lebih
manis dan segar. Pemilihan warna sejuk seperti warna gelap memberikan
gaya elegan dan sesuai digayakan pada waktu malam. Warna paling sesuai
untuk si kulit putih dioles ke kelopak mata adalah rangkaian warna
coklat. Supaya tidak kelihatan pucat, calit sedikit pembayang mata
berwarna merah jambu pada tulang kening supaya kulit kelihatan lebih
cerah dan segar.
KULIT KUNING LANGSAT
Warna kuning langsat ni macam warna kulit
buah langsat..die x kuning sangat dan x putih sangat. Untungla manusia
yang dapat kulit bewarna ini kerana mereka boleh memakai apa sahaja
warna. Tetapi elakkan menggunakan warna pastel kerana warna ini akan
membuatkan wajah korang kelihatan kotor atau comot. Kombinasi warna
pastel dan warna kuning adalah padanan warna yang tidak serasi. Elakkan
juga menggunakan warna terang kerana jenis warna ini akan memberi kesan
terlalu kontra pada wajah. Korang mungkin akan kelihatan seperti
badut..huhuhu. Sebaiknye pilihlah warna hijau tua, ungu, biru, pink dan
seumpamanya untuk kelihatan menarik untuk solekan pada siang hari
dan warna gelap yang mewah untuk kelihatan elegan pada waktu malam.
Untuk gadis kuning langsat yang ingin kelihatan eksotik, boleh menata
rias wajah dengan warna emas.
KULIT SAWO MATANG
Apa itu warna kulit sawo matang?? kulit
sawo matang ni macam warna buah ciku yang sudah masak..kirenye macam
warna coklat (err..ni warne aku nih). Untuk si gadis berkulit sawo
matang, gunakan pembayang mata berwarna coklat keperangan (taupe). Boleh
juga digunakan pilihan warna tanah atau oren kecoklatan. Pilihan warna
itu akan membuatkan solekan mata kelihatan lebih moden dan tidak terlalu
polos. Elakkan menggunakan warna-warna pastel atau lembut kerana warna
ini akan membuatkan wajah korang kelihatan tidak bermaya. Boleh juga
pilih pembayang mata berwarna sedikit keemasan bagi solekan di sebelah
malam. Warna mengandungi pengilat untuk kesan berkilau sesuai bagi anda
yang memiliki kulit sawo matang. Ini menyerlahkan daya tarikan dan
personaliti anda. Kulit sawo matang jangan ragu-ragu untuk memilih warna
ungu dan merah hati (maroon) agar korang kelihatan lebih menarik.
KULIT GELAP
Xyah rase stress dan sdeh klu korang
berkulit gelap..sbb kt dunia ni pun ramai artis dan supermodel yang
cntik berkulit gelap. Untuk korang, solekan nude masih berkesan. Pilih
rangkaian pembayang mata dari warna tembaga (copper) dan coklat bata
kerana ia sangat sesuai serta dapat memberikan hasil berkilau di kulit
gelap korang. Boleh juga pilih warna dari nuasa coklat gelap untuk
kelihatan lebih segar. Wanita berkulit gelap tidak digalakkan memakai
warna terang seperti merah, jingga, kuning, hijau atau biru kerana ini
akan mencacatkan penampilan. Sebaiknya bijak mengadun warna supaya kekal
seimbang pada kulit sekali gus menyerlahkan penampilan yang segar dan
memikat.
p/s apa2 pun....x kesa la kmu kulit yg cmna...bersyukur dengan anugerah yang allah s.w.t berikan kepada kita......jaga anugerah itu dengan sebaiknya ...ok....n satu lagi peringatan tuk suma tmasuk dri sy sndri...make up make up juga...fasyen...faysen juga...aurat kena jaga tau.... (selamat menjaga kulit anda heeee)...
No comments:
Post a Comment