Assalamualaikum.....
Lama udah kmek sik update blog kmek towk. Sik kmek ada masa hehehhe....
Apa2 pun... today mek mau crita psl lagenda yang sampai sekarang masih segar di ingatan seluruh rakyat Sarawak a.k.a kmpung halaman kmek d kuching hehehe....
Sapa yang pergi sana (Sarawak) mesti tau sal lagenda or myth ni... Puteri Sentubong dan Puteri Sejinjang.... mun ada yang sik tauk kmek tutuk palak ya kelak hehehe.... main jak....
memang banyak versi lagenda ni. ada versi mengatakan yang putri berdua ni anak kpd sultan brunie dan ada pula versi yang lainnya....
yang ni kmek dngar dri nenek n ibu mek yg mmg asalnya dri kuching dan ada kampung di pantai sejijak berdekatan dengan gunung sentubong itu sendiri..
.............Puteri Sentubong dan Sejinjang merupakan teman baik dan mereka ni berasal dari kayangan.. Santubong mempunyai kelebihan menenun songket yang tercantik di kayangan manakala Sejinjang ni pula kelebihan dia ni menumbuk padi yang paling lazat di kayangan... Puteri Santubong mempunyai seorang kekasih yang bernama Putera Serapi. Mereka sangat mencintai satu sama lain.. Didalam senyap Sejinjang mencemburui hubungan Sentubong dgn Putera Serapi.
Satu hari Sejinjang x dapat menahan cemburunya dan mula bergaduh dengan Sejinjang. Mereka membanding-banding kan diri mereka antara satu dengan yang lain. Sehingga ayahanda tuanku mereka merasa murka. Ayahanda tuanku membuat keputusan menghukum mereka dengan menghantar mereka berdua ke bumi dan memberi syarat mereka perlu hidup seperti manusia biasa dan tidak boleh walau sekali mereka menjelma menjadi puteri sekiranya ingkar hukuman berat akan menanti.
Di bumi mereka dipelihara oleh satu pasangan suami isteri yang memang tidak mempunyai anak di dalam sebuah kampung di sekitar kawasal pantai sejijak sekarang ni.... Walaupun mereka didalam hukuman mereka masih bergaduh sehingga bertahun-tahun lamanya,
dikayangan pula, setelah Putera Serapi mendengar khabar mengenai hukuman yang dikenakan oleh Ayahanda tunku kepada Putri Sentubong maka Putera Serapi pun ikut turun ke bumi untuk mencari Sentubong disana....
Setelah bertahun berlalu, kini kedua puteri bakal berkahwin dengan pilihan hati masing-masing. Majlis Perkahwinan mereka dibuat berasingan. Majlis pertama iyalah mejlis perkahwinan Santubong dengan tunangnya. Namun perkahwinan itu batal setelah mengetahui bahawa tunang Puteri Sejinjang merupakan Putera Serapi kekasih hatinya.......
Puteri Sejinjang pun marah dan tidak puas hati dengan tindakan Sentubong itu. Didalam hati yang penuh amarah, Sejinjang berubah dirinya kepada Puteri Sejinjang dengan pakaiannya yang berwarna merah... Tanpa berfikir panjang Puteri Sejinajng terus menyerang Puteri Sentubong dan Putera Serapi..
Demi menyelamatkan Putera Serapi dan penduduk kampung maka Sentubong pun bertukar kepada Puteri Sentubong dengan berpakaian kayangan yang berwarna putih.. Santubong pun membalas serangan Sejingang... Sejingang dengan bersenjatakan alu lesung memukul pipi Sentubong sehingga retak. Namun, Sentubong masih membalas serangan Sejinjang dengan menikam batang belida ( batang dari mesin penenun). Batang tersebut mengena tepat kekepala Sejinjang dan hasilnya kepalanya pecah dan bertabur di laut dan bertukar menjadi pulau-pulau seperti pulau kera dan pulau-pulau di sekitarnya.
Akhirnya, Ayahanda tunku turun menemui Sentubong dan membawanya bertemu dengan kedua orang tuanya dan Putera Serapi untuk mengucapkan selamat tinggal. Ayahanda tunku kemudiannya membawa Sentubong ke dasar laut dan meluahkan rasa dukacintanya mengenai hal tersebut dan mengingati syarat yang diberi kepada mereka sebelum mereka dihantar kebumi. Oleh kerana mereka berdua telah melanggar syarat dengan bertukar menjadi puteri kayangan mereka terpaksa di hukum. Dengan rasa berat hati Ayahanda tunku menyumpah Puteri Sentubong kepada sebuah gunung(iyaitu gunung sentubong) dan badan Puteri Sejinjang menjadi bukit (iya itu bukit Sejinjang)
....................................................................................................................................................
begitu lah kisah puteri Sentubong dan Puteri Sejinjang... Biarpun kisahnya x logik tapi kita boleh ambil moralnya kan... antaranya yalah.... jangan la kita mempunyai hasat dengki kepada orang lain kerna itu satu sifat yang x baik..... jangan la suka bergaduh sesama sendiri terutama sesama sahabat kerna itu akan menghancurkan persahabatan kita sendiri.... dan moral yang lain kmu cari la erk...
owh ya pernah tak kmu dengar lagu Puteri Sentubong san Puteri Sejinjang? jom hayati liriknya
Putri Santubong Putri Sejinjang
Penjaga gunung Negeri Sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan
Ooh.. Santubong Putri...
Bertenun kain siang.
Ooh.. Sajinjang Putri...
Menumbok padi malam...
Satu hari nya duak kelaie
Beranok-ranok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik
Sorang sik kalah walau sampei ke mati
Udah lejuk nya duak kelaie
Lalu betukuk nya duak puteri
Sejinjang mengayun aluk ke pipi
tebik Santubong sampei isok ari
Tapi Santubong membalas juak
Lalu ditikam batang belidak
Sampei tekenak Sejinjang kepalak
Hingga betabor jadi Pulo Kerak
Kesah Santubong kesah Sejinjang
Asal bekawan jadi musuhan
Kinek tok tinggal jadi kenangan
Pakei ingatan sepanjang zaman
.
Oleh krna line ni malam x berapa nak elok jadi kelak aja kmek sertakan gmbar n vedio tuk lagu towk....heeee...
Bila kmek fikir balit nak, lama udah kmek sekluarga sik balit kuching masok taun towk udah 8 taun. harap taun dpn kelak mun ada rezeki dpt la mek blit kampong kmek di sejijak dan pasir pandak heeee.... amin ya Allah
ok seblum kmek mengundur diri, pengajaran paling5 penting iyalah jangan la kita membangga diri kerana kita cantik,kerana kita pandai atau pun apa2 saja kelebihan yang kita ada.... bersederhanalah sbb dimata Allah s.w.t kita adalah sama..(peringatan untuk diri sendiri juga)
one last thing
I'M PROUD TO BE SARAWAKIAN+SABAHAN=SABARAWAK
One Malaysia ba....apa aq kesa yg penting aq bangga jadi anak malaysia,aku bangga jadi anak sarawak dan aq bangga jadi anak sabah heeeee.....
BE PROUD OF WHO YOU ARE ^_^
selamat malam, selamat tinggal jumpa lagi As Salam.....
Oleh krna line ni malam x berapa nak elok jadi kelak aja kmek sertakan gmbar n vedio tuk lagu towk....heeee...
Bila kmek fikir balit nak, lama udah kmek sekluarga sik balit kuching masok taun towk udah 8 taun. harap taun dpn kelak mun ada rezeki dpt la mek blit kampong kmek di sejijak dan pasir pandak heeee.... amin ya Allah
ok seblum kmek mengundur diri, pengajaran paling5 penting iyalah jangan la kita membangga diri kerana kita cantik,kerana kita pandai atau pun apa2 saja kelebihan yang kita ada.... bersederhanalah sbb dimata Allah s.w.t kita adalah sama..(peringatan untuk diri sendiri juga)
one last thing
I'M PROUD TO BE SARAWAKIAN+SABAHAN=SABARAWAK
One Malaysia ba....apa aq kesa yg penting aq bangga jadi anak malaysia,aku bangga jadi anak sarawak dan aq bangga jadi anak sabah heeeee.....
BE PROUD OF WHO YOU ARE ^_^
selamat malam, selamat tinggal jumpa lagi As Salam.....
No comments:
Post a Comment